LED


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 31 March 2013

POLITEKNIK JELI KELANTAN..


POLITEKNIK JELI KELANTAN KINI SUDAH BEROPERASI SEPENUHNYA DI KAMPUS TETAP..

beralamat di :
POLITEKNIK JELI
JALANRAYA TIMUR - BARAT
17600 JELI
KELANTAN.
Tel : 09-9462800/801  Faks : 09-9462802 
web: www.pjk.edu.my / Email: info@pjk.edu.my




 POLITEKNIK JELI menawarkan bidang kursus yang menarik kepada anda semua. iaitu :

1. DIPLOMA AGRO TEKNOLOGI

 - diploma agroteknologi melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang teknologi pertanian bagi memenuhi permintaan dasar negara.
- Program ini akan mendedahkan pelajar kepada latihan secara hands-on seperti pengeluaran makanan, ICT, automasi dan mekanisasi, bioteknologi pertanian, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampuan pertanian dan pengurusan.
- dan bnyk lagi.

SKOP PEKERJAAN
1. juruteknologi makamal (tisu culturist)
2. pengusaha agro biotech
3. ketua/pengurus cawangan(organisasi kawasan ladang)
4. penolong pegawai pertanian
5. penolong projek
6. pembantu jualan di syarikat agrobiotech
7. pakar teknikal
8. pembantu penyelidik
9. penolong alam sekitar
10. pegawai kawalan kualiti
11. pembantu teknik bagi industri pemprosesan makanan
12. kadet penanaman
13. penolong pegawai sains








2. DIPLOMA AKUAKULTUR TEKNOLOGI



- Program ini akan melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang akuakultur yang boleh membantu membangunkan dasar akuakultur industri negara bagi memenuhi permintaan dasar pertanian negara yang ketiga.
- Program ini juga akan mendedahkan pelajar kepada amalan dan latihan dipusat penentasan dan kolam.
- Selain itu, pelajar juga akan diterapkan dengan kemahiran untuk mengendalikan serta menguruskan pusat penentasan dan kolam sendiri dalam kumpulan melalui pertanian perkongsian daripada peringkat membiak ke peringkat penuaian dan pemasaran.

SKOP PEKERJAAAN.

1. Aqua Culturist
2. Akuakultur juruteknologi
3. penolong pegawai perikanan
4. Penolong Pegawai Ekonomi.
5. Penolong Pengurus Eksekutif
6. Pembantu Penyelidik
7. Usahawan Perikanan

SYARAT KELAYAKAN: 

Syarat kemasukan/kelayakan:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memenuhi syarat minimum berikut:
LULUS BAHASA MELAYU
LULUS BAHASA INGGERIS
Kepujian dalam LIMA (5) matapelajaran berikut:
i. MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN
ii. SATU(1) matapelajaran berikut

sejarah
  • matematik
  • sciene
  • literature in english
  • kesusasteraan melayu
  • geografi
  • pendidikan seni visual
  • komunikasi visual
  • seni halus
  • rekabentuk
  • muzik
  • tari
  • teater
  • pendidikan muzik
  • additional mathematics
  • sains pertanian
  • pengajian agroteknologi
  • pengajian keusahawanan
  • perdagangan
  • prinsip perakaunan
  • ekonomi asas
  • ekonomi rumah tangga
  • lukisan kejuruteraan
  • pengajian kejuruteraan mekanikal
  • pengajian kejuruteraan elektrik
  • pengajian kejuruteraan awam
  • reka cipta
  • teknologi kejuruteraan
  • pengurusan makanan
  • physics
  • chemistry
  • biology
  • addtional sciene
iii. TIGA(3) matapelajaran lain

*** Lulusan institusi pertanian tajaan kerajaan layak untuk memohon diploma teknology agro dan diploma akuakultur teknologi

Saturday 30 March 2013

this my family house










Petua Merawat Tumit Pecah

Petua Merawat Tumit Pecah | Cuba tengok jap tumit kaki anda tu. Ada tak pecah-pecah? Kalau ada, benda ni selalunya terjadi disebabkan oleh ulat air. Ataupun ada sesetengah daripada kita alah terhadap bahan kimia seperti sabun pencuci lantai.

Mungkin ada yang tercari-cari cara nak hilangkan kesan tumit pecah tu. Caranya tak susah manapun dan anda semua boleh merawatnya sendiri.

Ada 2 cara kat sini. Pertamanya, anda pakai jer selipar dalam rumah. Khaskan selipar khusus hanya untuk kegunaan dalam rumah. Tapi rasanya cara ni lebih kepada mengelakkan dan memelihara tumit kaki daripada pecah, kan?

Apakata kita beralih ke cara ke-2 pula. Apa yang anda perlukan adalah beberapa keping asam gelugor. Kita lihat dulu macam mana rupa asam gelugor.

Apa yang perlu anda lakukan dengan asam gelugor ni adalah;
i. Isikan dulu sebuah besen dengan air suam-suam kuku.
ii. Masukkan beberapa keping asam gelugor kat dalam besen tu
iii. Kemudian, rendamkan kaki anda ke dalam besen tu selama 30 minit.
iv. Amalkannya setiap hari yer.


Jika tiada aral, tumit pecah kat kaki anda tu akan beransur pulih.

Fuh Info! Kesan Dan Bahaya Tidur Selepas Subuh


Fuh Info! Kesan Dan Bahaya Tidur Selepas Subuh | Kita tealah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah Daris Sa’adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Renungan Subuh! 6 Perkara Allah Sembunyikan Dari Kita


Renungan Subuh! 6 Perkara Allah Sembunyikan Dari Kita | Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Apakah Yang Dilakukan Rasulullah S.A.W Selepas Bangun Dari Tidur

Apakah Yang Dilakukan Rasulullah S.A.W Selepas Bangun Dari Tidur


Apakah Yang Dilakukan Rasulullah S.A.W Selepas Bangun Dari Tidur | Segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah saw. Di atas jasanya, kita mendapat nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Salah satu bukti cinta kita terhadapnya ialah dengan mencontohi sunnahnya dalam kehidupan kita seharian.

Pada kali ini saya ingin menghuraikan sebuah tajuk yang agak penting bagi kita selaku mukmin yang cinta terhadap sunnah nabinya saw. Tajuknya ialah apakah yang Baginda saw lakukan selepas bangun dari tidur, pada hemat saya, ia adalah tajuk yang mudah dan penting untuk kita amalkan bersama dengan izin Allah swt.

Tidur merupakan fitrah manusia, jika manusia tidak tidur, sudah tentu manusia akan mati. Tidur juga adalah satu ibadah jika bersesuaian dengan caranya, maka ia akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt, hanya dengan tidur manusia mendapat ganjaran daripada Allah swt, maha suci bagi Allah, itulah maha penyayangnya Allah swt terhadap kita semua.

Jadi bagaimana Rasulullah saw bangun daripada tidur dan apa yang baginda lakukan, ini adalah huraian perbuatan Rasulullah saw ketika bangun dari tidur :

Apakah Yang Rasulullah S.A.W Lakukan Selepas Bangun Dari Tidur

Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda saw akan menyapu mukanya dengan tangan.
Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran.

Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah Rasulullah saw bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu wajahnya dengan tangan , kemudian baginda saw membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)
Baginda saw berdoa :

Yang bermaksud : Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)
Baginda saw terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna.

Dalam hadis yang bermaksud : Apabila Rasulullah saw bangun dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)
Baginda saw akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali.

Rasulullah saw telah berkata : Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)

Kesimpulannya: Apabila Rasulullah saw bangun sahaja daripada tidur, maka baginda terus membaca ayat suci Al-quran serta memuji kebesaran Allah swt. Ini adalah satu contoh ikutan terbaik untuk kita amalkan pada setiap pagi. Kehidupan Rasulullah saw telah membuktikan bahawa setiap amalan kita selama sehari semalam adalah ibadah, seperti firman Allah swt yang bermaksud :

Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. Adz-Dzariat ayat 56.

Semoga kita beroleh kekuatan untuk mengamalkannya.

Nota : Dipetik daripada buku (1000 sunnah dan sunnah pada waktu siang dan malam) oleh Majdi Fathi Al-kahil terbitan maktabah As-shofa.

Gambaran Rupa Dan Bentuk Jin Yang Perlu Anda Ketahui

Gambaran Rupa Dan Bentuk Jin Yang Perlu Anda Ketahui


Gambaran Rupa Dan Bentuk Jin Yang Perlu Anda Ketahui | Pada dasarnya bentuk rupa Jin tidak banyak berbeza dari bentuk rupa manusia, iaitu mereka memiliki jenis kelamin, memiliki hidung, mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sebagaimana yang dimiliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Hanya perbezaan fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus dari manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang tinggi dan bermacam-macam warnanya, iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin kafir dan Jin Islam yang fasik memiliki rupa yang buruk dan menakutkan. Sedangkan Jin Islam yang soleh memiliki paras yang elok.

Menurut beberapa pendapat, tinggi Jin yang sebenarnya adalah sekitar 3 hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang sehinggai beribu-ribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak melebihi kecepatan cahaya dalam suatu waktu. Disebabkan Jin terdiri dari mahkluk yang halus dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil juga boleh diduduki oleh jutaan Jin dan juga dapat merasuki dan menghuni tubuh manusia.

Jumlah Jin terlalu banyak sehingga menurut beberapa pendapat mengatakan bahawa jika jumlah semua manusia dari Nabi Adam sehingga hari kiamat dikalikan dengan haiwan-haiwan, dikalikan dengan batu-batu, dikalikan dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan, itu pun hanya satu per sepuluh dari jumlah Jin.

Sedangkan jumlah Jin adalah satu per sepuluh dari jumlah Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya saja yang mengetahuinya.

Alam tempat berdiamnya Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam yang terletak di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika kita diberikan oleh Allah kemampuan untuk melihat Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, kerana sangat banyaknya jumlah mereka.

Oleh sebab itu orang tua kita selalu berpesan agar anak-anaknya segera kembali ke rumah apabila tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah harus ditutup, agar tidak dimasuki oleh syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Rasulullah: “Bila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka
tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya) “

Hadith di atas bererti bahawa Jin dan syaitan tidur di waktu siang dan menjelang petang mereka keluar untuk mencari rezeki dan makanan, baik lelaki mahupun perempuan, baik yang dewasa atau anak-anak.

Beberapa Pesanan Rasulullah Kepada Ummatnya Yang Perlu Kita Ambil Tahu!

Beberapa Pesanan Rasulullah Kepada Ummatnya Yang Perlu Kita Ambil Tahu!


Beberapa Pesanan Rasulullah Kepada Ummatnya Yang Perlu Kita Ambil Tahu! | DARI al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda: "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya."

Riwayat Bukhari

Huraian Hadith:

Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka.

Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam.

Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan.

Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu.

Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain.

Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan.

Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

10 Kata - Kata Hikmah Yang Memotivasikan DIRI

10 Kata - Kata Hikmah Yang Memotivasikan DIRI


10 Kata - Kata Hikmah Yang Memotivasikan DIRI | Kali ini Fuh kongsikan kepada semua pembaca fuh dengan kata-kata Hikmah yang boleh di jadikan kekuatan untuk berjaya. Kata - Kata Hikmah ini di ambil dari kata-kata mereka yang hebat.

10 Kata - Kata Hikmah


1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada
orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -

2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria,
tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku
adalah lebih satria. – Hamka -

10 Kata - Kata Hikmah

3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang
paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –

4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran
hidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –

5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan
dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada
menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -

6. You will be judged on the basis of what you are,
not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –

7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,
orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –

8. Kebebasan bererti tanggungjawab,
tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha
seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –

10 Kata - Kata Hikmah

9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –

10. Force works on servile nature, not the free.
– Ben Johnson –