LED


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 10 June 2014

SUMBANGAN TOK PA

 menyampaikan sumabangan kepada penyakit kronik...
sumbangan daripada tok pa.
disampaikan oleh Pengerusi JKKKP. di pejabat beliau


PERSAHABATAN CAROM



keperlawan karon persahabatan antara Kg Renyuk dengan Kg Gemang

PERTANDINGAN WAU

 Pertandingan Wau anjuran KRT Lubok Bongor /Renyuk pada 24/03/2014. — di Kg Lubok Bongor, Jeli Kelantan.



WAYANG KULIT SAUPI

 Tayangan wayang kulit.anjuran Jabatan Penerangan Jajahan Jeli.terima kasih Che Mat — di KG Sungai Renyuk


SUKAN

 bermain sukan peringkat dun kuala balah di bukit jering..


PROJEK LAMPU JALAN


Projek lampu jalan di kawasan Senolek sampai ke Reka tempat selalu terlibat banjir telah dilaksanakan pada hari ini.28/04/2014. — di KG Renyuk.

SUMBANGAN DARI TOK PA

Bersama ketua Cawangan Kg Lubok Bongor menyampaikan sumbangan beras dari Yb Dato Pa kepada isteri arwah Abdullah — di Kg Lubok Bongor, Jeli Kelantan.

GOTONG ROYONG PERDANA TANDAK AIR

sekitar aktiviti gotong royong membuat tandak air di kampung renyuk.
turut serta dari pihak kesihatan jeli







Tambah kapsyen

PENYAMPAIAN CENDERAHATI SEMPENA HARI GURU

 20/05/2014.Penyampaian cenderahati kepada warga pendidik SK Lubok Bongor sebagai wakil PIBG. — di SK Lubok Bongor

MAJLIS ISRAK MIKRAJ


 26/05/2014.Majlis israk mikrat diMadrasah Renyuk. — di Kg Sungai Renyuk, Kuala Balah Kelantan

LAWATAN DATO PA


02/06/2014.Lawatan Dato Pa ke rumah Pengerusi JKKKP di kampung renyuk. lawatan Dato sempena majlis menyambut menantu sulong tok ngulu zaini — bersama Umno Bahagian Jeli

BERBINCANG TENTANG FORUM PERDANA

05/06/2014.Bincang tentang forum akan diadakan di SK Lubok Bongor pada 13/06/2014. — di Kampung Pasir Dusun, Jeli, Kelantan.

MESYUARAT JKKKP PARLIMEN JELI


10/06/2014.Mesyuarat semua Jkkkp Perlimen Jeli. — di Kompleks Umno Bahagian Jeli, Bukit Nangka.

TAHNIAH YABhg. DATUK HAJI MAT ABU BIN HAMAT


  Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Ucapan Perhargaan di atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada YABhg. DATUK HAJI MAT ABU BIN HAMAT, Mantan Setiausaha Politik (SUPOL) Kepada YB Datuk Seri Mohamed. Kami seluruh Warga Kelab Tokpa Kuala Lumpur semoga Datuk Haji Mat Abu Bendahari UMNO Bhg. JELI agar terus berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.
sumber dari facebook (https://www.facebook.com/PAJARJELI/posts/791276774246454?comment_id=791280927579372&offset=0&total_comments=8&ref=notif&notif_t=feed_comment_reply)


Penyampaian Wang Ehsan

10/06/2014.Penyampaian Wang Ehsan kepada sakit kronik. disampaikan oleh pengerusi JKKP

Thursday, 5 June 2014

KOMUNIKASI DALAMAN DESA RENYUK

Hubungan di antara masyarakat penduduk Kampung Renyuk adalah
baik dan mesra
Pihak Desa Renyuk sentisa menitikberatkan tentang perhubungan
dan ikatan kekeluargaan didalam kampung.
Sehubungan dengan itu pihak Desa Renyuk sentiasa mengadakan
gotong royong,bagi membersihkan persekitaran,halaman dan kampung.
Pihak Desa Renyuk juga sentiasa membuat perjumpaan Jawatan Kuasa
dan masyarakat kampung bagi mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat.
Pihak Desa Renyuk juga sentiasa bekerja sama menjaga keceriaan 
sekitar dengan penamaan jalan dan penanaman bunga.
Pihak Desa Renyuk juga menitikberatkan soal kebersihan bagi menghindarkan diri 
daripada dijangkiti sebarang penyakit berjangkit serta pencemaran yang boleh
memudaratkan diri.
Adalah diharapakan agar ikatan ini akan terus berkekalan untuk selamanya.

PIAGAM DESA SEJAHTERA

MENYEDARI -   Dunia terus mengalami perubahan yang pesat
                         dan Negara Malaysia terus bergerak maju
                          menjelang 2020.
MEMAHAMI -   Bahawa masyarakat desa harus berusaha
                           melengkapkan diri bagi menyertai arus
                            perdana pembangunan negara.
MENYAKINI -   Bahawa desa boleh menjadi lebih maju,
                            menarik dan menguntungkan.


Maka,kami penduduk desa berazam :
1.   Menjadi insan yang cemerlang
2.   Membina keluarga yang bahagia
3.   Melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatupadu
4.   Mewujudkan desa yang teratur , bersih dan indah
5.   Mebgamalkan budaya hidup berteraskan nilai-nilai murni
6.   Menggerakan ekonomi desa yang dinamik dan berteknologi
7.   Menanam keazaman menjadikan desa kami sebuah Desa Lestari.

GEOGRAFI KAMPUNG RENYUK

DESA RENYUK

Terletak dikaki banjaran titiwangsa, banjaran yang terpanjang dan menjadi tulang belakang semenanjung. berhampiran sebuah air terjun dan sentiasa dikunjungi ramai. Air terjun itu dikenali sebagai AIR TERJUN RENYUK.
kawasannya yang bersih dan cantik pandangannya menjadi tarikan utama para pegunjung. Hamparan batu memutih juga sesuai untuk individu atau keluarga datang untuk berkelah.

Manakala ditepian kampung pula mengalir jernih anak sungai yang dahulunya menjadi penghubung penduduk kampung. Tepian sungai yang bersih, airnya yang cetek menjadi anak-anak ikan bermain, begitu menarik sekali.

Tanah-tanahnya subur untuk pelbagai tumbuhan dan tanaman.Ditepian sungai yang berpasir ada kalanya ditaman dengan sayur-sayuran mengikut musim.Manakala berhampiran dengan kaki bukit pula ditanam dengan pokok-pokok getah yang menjadi sumber pendapatan masyarakat kampung.Ditengah-
tengahnya pula terdapat rumah-rumah yang menjadi tempat berteduh bagi
penduduk.

Desa Renyuk dihubungi oleh sebatang jalanraya yang menghubungkan dengan bandar Jeli di bahagian Utara dan bahagian Selatan pula dihubungkan dengan Daerah Kuala Balah.

Masyarakatnya yang bersatu,bersepakat bagi menjayakan wawasan negara kearah Desa Renyuk yang maju dan berjaya.