Terletak dikaki banjaran titiwangsa, banjaran yang terpanjang dan menjadi tulang belakang semenanjung. berhampiran sebuah air terjun dan sentiasa dikunjungi ramai. Air terjun itu dikenali sebagai AIR TERJUN RENYUK.
kawasannya yang bersih dan cantik pandangannya menjadi tarikan utama para pegunjung. Hamparan batu memutih juga sesuai untuk individu atau keluarga datang untuk berkelah.
Manakala ditepian kampung pula mengalir jernih anak sungai yang dahulunya menjadi penghubung penduduk kampung. Tepian sungai yang bersih, airnya yang cetek menjadi anak-anak ikan bermain, begitu menarik sekali.
Tanah-tanahnya subur untuk pelbagai tumbuhan dan tanaman.Ditepian sungai yang berpasir ada kalanya ditaman dengan sayur-sayuran mengikut musim.Manakala berhampiran dengan kaki bukit pula ditanam dengan pokok-pokok getah yang menjadi sumber pendapatan masyarakat kampung.Ditengah-
tengahnya pula terdapat rumah-rumah yang
menjadi tempat berteduh bagi
Desa Renyuk dihubungi oleh sebatang jalanraya yang menghubungkan dengan bandar Jeli di bahagian Utara dan bahagian Selatan pula dihubungkan dengan Daerah Kuala Balah. Masyarakatnya yang bersatu,bersepakat bagi menjayakan wawasan negara kearah Desa Renyuk yang maju dan berjaya. |
No comments:
Post a Comment