LED


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 9 January 2012

JPA renyut

JPA susun latihan mantapkan pergerakannya
RENYUT, 5 APRIL 2010 - Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dekat sini terus menggerakkan latihan-latihannya bagi memantapkan anggota-anggotanya di daerah Jeli.
Penyelarasnya, Che Shamsul Che Mahmood berkata, latihan dilaksanakan setiap minggu dikawasan rekreasi Lata Renyut ini adalah langkah-langkah dan cara untuk menghadapi sesuatu perkara sekiranya berlaku kecemasan di daerah ini.
Menurutnya, selain persediaan menghadapi bencana mahupun krisis, ilmu-ilmu yang diketahui melalui latihan ini juga cukup berguna untuk membantu mereka yang memerlukannya.
"Latihan ini banyak memberikan pendedahan samada dalam soal menyelamat mahupun berlakunya kecemasan dan apa yang terbaik ialah ianya melengkapkan anggota-anggota dengan ilmu bermanfaat untuk kesejahteraan rakyat.
"Antara latihan mingguan yang kebiasaannya ialah latihan kecemasan, jungle tracking dan latihan asas kawad kaki,"katanya ketika ditemui.
Beliau berkata,JPA daerah ini akan terus memantapkan pergerakannya dari semasa ke semasa dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dengan tindak balas sewajarnya.

lima keluarga

Lima keluarga terancam dapat perhatian To'Pa
LUBOK BONGOR LAMA, 3 MEI 2010 – Lima keluarga mendiami kawasan tebing sungai Pergau dekat sini yang dalam kebimbangan berikutan hakisan teruk tebingnya dan semakin menghampiri dengan rumah mereka mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli, Dato'Sri Mustapa Mohamed.


Mustapa dalam lawatannnya ke kawasan yang akan menempatkan lima keluarga berkenaan baru-baru ini turun ke bawah melihat sendiri kawasan tersebut bagi memastikan keluarga berkenaan mendapat kehidupan lebih selesa.

Kawasan penempatan baru di kampung Jabir itu sekaligus membuktikan kecaknaan To'Pa menjaga kebajikan rakyat di parlimennya.

Hadir bersama melawat tapak tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abd.Aziz Derashid.

Dalam kejadian sebelum ini jarak salah sebuah rumah berkenaan dengan tebing sungai dianggarkan kira-kira 5 meter sahaja dari tebing.

Penduduk, Mohd Yaacob,60, berkata, masalah hakisan yang berlaku bermula kira-kira dua tahun lalu ketika musim banjir.

“Perkara itu semakin membimbangkan apabila hujan lebat dan arus sungai yang deras menghakis tebing sungai berkenaan.

“Sudah 60 tahun saya menetap di sini sekiranya hakisan semakin teruk, rumah ini akan menyembah bumi dibawa arus pada bila-bila masa sahaja,”katanya.

Menurutnya, setiap malam kebimbangan acapkali menerjah fikirannya yang tinggal bersama sembilan lagi ahli keluarga.

“Sebelum ini, jarak rumah saya kira-kira satu lot dari tebing berkenaan, namun selepas banjir dan hakisan teruk yang berlaku ianya semakin hampir dengan rumah.

Katanya, aduan telah dibuat telah mendapat perhatian dan reaksi positif pihak To'Pa dalam usaha untuk menyelesaikannya dan satu kawasan telah pun disediakan untuk kami.

"Terima kasih kepada kecaknaan To'Pa yang banyak membantu kami di sini bersama lima keluarga yang lain,"katanya.

warga emas

Warga emas - Masih Ada Yang Sayang
LUBOK BONGOR, 30 JUN 2010 - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli dekat sini,semalam terus menggerakkan program 'Masih Ada Yang Sayang'menjayakannya menerusi ziarah rumah ke rumah.
Ketuanya, Roslinah Mohamed berkata,ziarah membabitkan rumah warga emas dan mereka yang uzur itu merupakan salah satu pengisian pergerakannya dalam usaha berterusan mendekati akar umbi.
Menurutnya, sesuai dengan konsep 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'program ini merealisasikan hasrat kepimpinan supaya rakyat menjadi keutamaan.
"Pengisian sejak sekian lama di bahagian ini bukan sahaja menjadi medan untuk bersama peringkat bawah bahkan peluang untuk bertukar-tukar pandangan ke arah mengukuhkan lagi kepimpinan dengan rakyat.
"Di samping itu,ianya membawa mesej bahawa orang-orang lama ini sentiasa dihargai dan diberi perhatian sewajarnya kepimpinan bahagian Jeli,"katanya.
Semalam, kunjungan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli telah membawa kepada 32 buah rumah dekat sini sekaligus membina satu jaringan kukuh dengan rakyat sesuai dengan hasrat Ahli Parlimen Jeli, Dato'Sri Mustapa Mohamed supaya sentiasa menjenguk peringkat bawah.
Kunjungan kemesraan itu juga turut menyampaikan sumbangan Dato'Sri Mustapa Mohamed sebagai menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan akar umbi.

KBW jeli


KBW Jeli dilancar
LUBUK BONGOR, 19 JULAI 2010  – Sejumlah 30 buah motosikal berkuasa tinggi dengan kekuatan 40 orang ahli daripada Kelantan Bike Week (KBW) dekat sini berkonvoi dari Rantau Panjang ke Lubuk Bongor bagi merasmikan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jeli.
Konvoi mengegarkan Jeli itu membabitkan seluruh pemilik dan peminat motosikal berkuasa tinggi Kelantan dan perasmiannya diadakan di padang awam dekat sini.
Pengerusi Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Jeli, Shahaharudin Sulaiman berkata, penubuhan kelab itu bertujuan menggalakkan masyarakat bercuti ditempat-tempat menarik yang ada dalam negara khusunya di negeri ini.
Menurutnya, usaha ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan bahkan mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.
"Jelajah ke daerah-dearah sebagai contohnya merupakan salah satu cara kelab ini untuk mempromosikannya dan perkara ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada ahli-ahli kami sendiri meneroka bidang-bidang baru yang menampakkan hasil kelak.
"Selain itu, menerusi kelab ianya secara tidak langsung membina hubungan kemesraan dan mengeratkan silaturrahim antara ahli,"katanya.
Hadir merasmikan kelab KBW Jeli ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abd.Aziz Derashid dan Bendahari Persatuan Kelantan Bike Week (KBW) Nik Badrul Nik Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutian (JKKP) Lubuk Bongor, Zaini Mamat.
Kata Shaharuddin, sehingga kini terdapat enam org ahli KBW di Jeli dan pihaknya akan berusaha menambah ahli bagi memantapkan KBW Jeli.

PROJEK smk JELI2


Projek SMK Jeli 2 lancar
RENYUK, 21 JULAI 2010  – Projek pembinaan sebuah lagi sekolah menengah dianggarkan berjumlah RM20  juta di Parlimen Jeli dekat sini lancar dan bakal menyaksikan satu lagi perubahan besar Jeli nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) Mukim Lubok Bongor, Zaini Mamat berkata, projek kemudahan pendidikan yang sedang di jalankan ini adalah kemudahan untuk rakyat.

“Soal pendidikan sentiasa menjadi keutamaan di Parlimen Jeli dan Dato’ Sri Mustapa Mohamed cukup menekankan perkara ini dalam usaha membangunkan Jeli menerusi pendidikan.

“Kemudahan di sediakan kerajaan ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk sekitar membabitkan kira-kira 600 buah rumah.

“Jika sebelum ini ada di antara pelajar terpaksa berulang alik samada bersekolah di Kuala Balah mahupun di Jeli, siap kelak projek ini setidak-tidaknya mengurangkan kos perbelanjaan ibu bapa di sini kerana jarak sekolah telah dekat.

Beliau berkata, projek membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 2 yang dijangka siap September ini semakin rancak dan giat dilaksanakan oleh konraktor yang dilantik.

senam robik 1malaysia


200 sertai Senamrobik 1Malaysia
LUBOK BONGOR,24 JULAI 2010 - Gaya Hidup Sihat seharusnya menjadi amalan setiap warganegara Malaysia sesuai dengan hasrat dan cita-cita kerajaan menerusi kempen kesedarannya ke arah mewujudkan rakyat yang sihat.

Sedar dengan hasrat kerajaan itu,Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli dekat sini menganjurjan program Senamronik 1Malaysia di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor.

Program senaman pagi itu cukup meriah apabila 200 penduduk pelbagai peringkat umur hadir menyertainya.

Tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak,program bermula jam 8 pagi itu membabitkan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah.
 

Rakyat diajak bersyukur - Mustapa


Rakyat diajak bersyukur - Mustapa
LUBOK BONGOR,20 OKTOBER 2010 - Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli (2) di kampung Lubok Bongor akan mencetus implikasi besar kepada penduduk di sini dan rakyat diajak bersykur dengan nikmat tersebut.
Ahli Parlimen Jeli,Dato' Sri Mustapa Mohamed berkata, siap kelak projek berkenaan taraf sosio ekonomi penduduk terutama di kawasan Lubok Bongor dan Renyuk mendapat impaknya.
Menurutnya, kemasukan pelajar dan berkemungkinan lebih 50 kakitangan sekolah secara tidak langsung membantu penduduk di sini hidupa dalam keadaan selesa.
"Inilah nikmat pembangunan yang diberikan kerajaan yang ada pada hari ini,semua ini adalah hasil sokongan dan kerjasama semua rakyat yang percaya dengan kemampuan kerajaan pada hari ini.     
"Jadi,nikmat ini dinikmati semua rakyat tidak kira dibandar mahupun luar bandar,inilah juga nikmat dari kemakmuran yang ada pada hari ini,oleh yang demikian kita perlu menjaganya demi kebaikan semua lebih-lebih lagi generasi akan datang,"katannya pada majlis ramah mesra bersama penduduk Lubok Bongor dekat sini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah,Datuk Abd.Aziz Derashid dan Pentadbir Mukim,Rodzi Mohamed.
Projek pembinaan sekolah menengah dianggarkan berjumlah RM20 juta di Parlimen Jeli dekat sini lancar dan bakal menyaksikan satu lagi perubahan besar Jeli nanti.
Projek kemudahan pendidikan yang sedang di jalankan ini adalah kemudahan untuk rakyat.

JPAM nilai tambah kepada daerah Jeli


JPAM nilai tambah kepada daerah Jeli
RENYUK,22 OKTOBER 2010 – Kewujudan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di daerah ini sebagai sebuah agensi yang bertindak ketika berlakunya bencana menunjukkan impak positif.

Beberapa siri pengambilan anggotanya di daerah ini mula memberi kesedaran kepada penduduk di sini untuk menanggotainya atas dasar tanggungjawab.

Sukrelawan JPAM, Che Shamsul Che Mahmud, 35, penubuhan JPAM memberikan satu nilai tambah kepada daerah ini.

Menurutnya, pendedahan dengan ilmu-ilmu asas dalam pertahanan awam seperti operasi mencari dan menyelamat, rawatan kecemasan serta banyak lagi sebenarnya merupakan satu bentuk pendidikan kepada masyarakat.

“Ilmu-ilmu yang diterima secara tidak langsung bukan sahaja membantu masyarakat tetapi membantu diri sendiri sekiranya berdepan dengan kesekarna mahupun kesulitan.

“Sekiranya belaku bencana, wujudnya JPAM ini ianya membantu meringankan tugas agensi-agensi kerajaan yang lain,”katanya.

Kata beliau, komitmen anggota JPAM di daerah ini cukup tinggi apabila baru-baru ini turut berkhidmat membantu pengguna-pengguna jalan raya yang terkandas akibat banjir.

“Sepanjang musim ini, JPAM sedia memberikan khidmat kepada orang ramai yang berdepan dengan bencana terutama banjir.

“Pengilbatan anggota pada masa yang sama turut berperanan memberikan latihan membiasakan diri sebelum berdepan dengan situasi sebenar,”katanya.

PPKB bantu rakyat


PPKB bantu rakyat
RENYUT, 18 JANUARI 2011 - Usaha kerajaan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan memberi tumpuan untuk membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan di bandar bukan sahaja membantu golongan berkenaan tetapi memberi ruang untuk mereka bernafas lebih baik.
Seleras hasrat kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan pelbagai usaha dan program dilaksanakan bagi memastikan rakyat mendapat faedahnya selain usaha untuk memperkukuhkan keupayaan menjana pendapatan dan salah satunya menerusi Program Peningkatan Pendapatan Rakyat.
Usaha yang dijalankan kerajaan itu turut dirasai penduduk,Rafizul Ibrahim,40, yang menerima sebuah motosikal 3 roda daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
Lebih mengggembirakan Rafizul turut menerima bantuan sewa rumah menerusi program Pembasmian Kemiskinan Bandar(PPKB) 2010 di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah,Datuk Abd.Aziz Derashid.
Menurut Rafizul, dia sangat gembira apabila menerima bantuan berkenaan kerana sumbangan kerajaan ini cukup bermakna kepadanya sekeluarga.
"Kenderaan dan bantuan sewa rumah ini adalah antara bukti keprihatinan kerajaan BN pada hari ini dan saya percaya ramai lagi rakyat di negara ini mendapat manfaatnya.
"Jadi, bantuan ini saya amat hargai ke arah mensejahterakan rakyat dan selaku penerima ianya membantu membina kehidupan lebih baik kepada saya,"katanya.

JKKKP Kuala Balah terima komputer riba


JKKKP Kuala Balah terima komputer riba
LUBUK BONGOR,25 FEBRUARI 2011- Seramai 10 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah menerima komputer riba bagi tujuan melancarkan lagi tugas pentadbiran di mukim masing-masing.
Pentadbir Mukim, Rodzi Muhammad berkata, kemudahan komputer riba tersebut perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pelaksanaan kerja lebih sistematik dan teratur.
“Jika dulu pengerusi JKKKP tidak terdedah dengan teknologi begini, kini dengan ada komputer riba tugas yang dilakukan akan lebih baik kerana senang untuk dibawa.
"Kita kini mengadakan mesyuarat sebulan sekali ia jadi adanya komputer riba ini ianya akan memudahkan mereka menyimpan maklumat untuk dijadikan rujukan,"katanya.
“Kita juga mahu selaraskan sistem kerja yang dilaksanakan oleh pihak JKKKP yang mana memikul banyak tugas untuk memastikan kesejahteraan penduduk. Mereka juga perlu sentiasa berjumpa untuk berkongsi idea dan pendapat untuk membangunkan lagi Dun Kuala Balah ini.
Rodzi juga menyeru pihak JKKKP menggunakan komputer riba tersebut sebagai satu kemudahan yang lebih fleksibel ketika bekerja.
“Selesaikan masalah penduduk di mukim masing-masing selaras dengan misi kerajaan mahu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
“Jadi pihak JKKKP perlu bergerak seiring dalam memastikan setiap masalah yang dihadapi diselesaikan dengan cepat dan proaktif dengan cara turun ke bawah perbincangan bersama,”katanya.

Pemuda rancang program bersama Kolej Komuniti


Pemuda rancang program bersama Kolej Komuniti
LUBOK BONGOR,22 APRIL 2011 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli merancang menjayakan program bersama Kolej Komuniti Jeli bagi membantu belia di parlimen Jeli.
Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata,program 32 jam bersama Kolej Komuniti yang dirangka itu menyediakan pelbagai kursus yang membuka peluang kepada pemuda menjana pendapatan tambahan.
Menurutnya,kursus yang turut menyediakan sijil ini adalah antara usaha Pemuda Jeli untuk memberikan pendidikan kepada belia.
"Kursus ini terbuka kepada belia di parlimen Jeli kerana matlamat pemuda Jeli mahu melahirkan generasi berilmu dan mempunyai kepakaran.
"Usaha ini bukan sahaja sebagai sokongan dijalankan oleh pihak kerajaan termasuk menyediakan peluang pelajaran kepada segenap lapisan masyarakat tetapi ini usaha Pemuda membuka ruang kepada belia supaya mereka berkeyakinan,"katanya.
Bagi peringkat cawangan yang berminat boleh menghubungi ditalian 012-6294058 atau ke pejabat Pergerakan Pemuda di Bukit Nangka untuk urusan sleanjutnya.

konsep cakna


Amalkan konsep cakna
LUBOK BONGOR,8 MEI 2011 - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) parlimen Jeli diminta cakna kawasan masing-masing sesuai dengan hasrat Perdana Menteri supaya mendahulukan rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid berkata,konsep cakna kepada masyarakat ini antaranya meliputi kebajikan, kematian dan sebagainya.
Menurutnya, jika konsep sedemikian dapat diamalkan ianya dilihat cukup berkesan mendapatkan kepercayaan mereka di samping dapat menawan hati masyarakat setempat.
"Hal ini sekaligus akan dapat mencapai matlamat kerajaan supaya mereka terus didekati setiap masa.
"Saya percaya jika peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dapat dijalankan dengan baik sekali maka ianya sudah tentu boleh mencipta satu gelombang keuntungan,"katanya.
Tambahnya lagi, JKKKP juga diminta dapat menyalurkan maklumat yang dapat membantu kerajaan.

Pemuda Jeli,KRT Lubok Bongor bantah Bersih


Pemuda Jeli,KRT Lubok Bongor bantah Bersih


Atas semangat 1Malaysia.mereka yang diwakili lebih 20 ahli KRT di kawasan berkenaan mneyifatkan tindakan mengadakan perhimpunan tersebut bukan sahaja akan merugikan negara bahkan mencermar kemakmuran dan kedamaian yang dinikmati.

Pengerusinya, Zaini Mamat berkata,perhimpunan tersebut tidak membawa sebarang manfaat memandangkan ianya lebih kepada agenda politik semata-mata.

Menurutnya,sekiranya perhimpunan tersebut diteruskan dan jayakan golongan tidak bertanggungjawab ini maka ianya akan memberi satu tamparan hebat kepada negara terutama untuk sektor pelancongan.

"Cara ini juga dilihat akan mengangu gugat keharmonian sedia ada dan mereka yang merancang menjayakannya perlu disiasat dan dikenakan hukuman setimpal,"katanya.

rumah kak ha

Wanita DUN Kuala Balah.jpg
YB Dato' Abd.Aziz memberikan kata-kata semangat kepada barisan kepimpinan Wanita DUN Kuala Balah.




RENYUT,22 DISEMBER 2011 - Wanita DUN Kuala Balah diminta berjuang habis-habisan bagi menentukan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


ADUN Kuala Balah,Dato' Abdul Aziz Derashid berkata, untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut jatidiri,integriti dan ilmu pengetahuan perlu dilengkapkan sebaik mungkin.


"Saya percaya jika ke tiga-tiga perkara tersebut dapat diaplikasikan dan dijadikan kekuatan untuk hadapi pelbagai rintangan PRU 13 maka kekuatan kita akan membantu matlamat yang dimahukan parti.


"Paling penting kita terus berganding bahu, bekerjasama dan bekerja kuat bersama pucuk pimpinan menyemarakkan lagi Gelombang Merah,"katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama barisan kepimpinan Wanita DUN Kuala Balah dekat sini.  

perjumpaan JR petiundi Lubok Bongor


JR.jpg
Dato' Abd.Aziz mengadakan pertemuan dengan JR DUN Kuala Balah.


Lubok Bongor,3 Januari 2012 
- ADUN Kuala Balah,Dato' Abd.Aziz Derashid dekat sini turun mengadakan pertemuan dengan Jalinan Rakyat (JR) DUN Kuala Balah.

Perjumpaan itu antara lain mengadakan perbincangan bagi menggerakkan program-program terancang dan tersusun menjelang pilihan raya umum nanti.

Dato' Abd.Aziz dalam pertemuannya itu turut menggesa JR supaya terus turun ke bawah mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

seharian di desa bersama anak angkat mrsm jeli


Semalaman di Jeli.jpg
Sebahagian pelajar bergambar selepas menyertai program riadah di Lubok Bongor.Gambar kecil : Anis.


LUBOK BONGOR, 17 FEBRUARI 2011 - Penyertaan 166 pelajar tingkatan lima MRSM Jeli sempena program Semalaman Di Jeli di buah kampung dekat sini disifatkan cukup menyeronokkan.

Pengarah program, Mohd Anis Eilham,17,berkata, usaha bagi menjayakan aktiviti lama memang sudah lama dinantikan oleh pelajar untuk membuka membuka minda kepada persekitaran baru di luar kawasan maktab.

Mohd Anis berkata, ia merupakan langkah terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan, kemahiran sosial dan komunikasi dalam menjayakan aktiviti ini.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Adun yang memberikan sokongan dan penduduk Kampung Lubok Bongor dan Kampung Bukit Jering yang sudi menerima kedatangan kami dengan hati dan tangan terbuka.

“Tidak dilupa juga kepada pihak pengurusan maktab yang memberikan kerjasama dan merestui program ini dijalankan, guru yang memberikan sokongan yang padu dan tunjuk ajar kepada kami pelajar tingkatan lima yang member komitmen tinggi untuk jayakan aktiviti tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, banyak pendedahan baru seperti mengikut keluarga angkat melakukan kerja harian dan melakukan khidmat masyarakat seperti gotong royong.

“Aktiviti itu perlu diteruskan dari masa ke semasa bagi menjana minda yang lebih ke depan untuk persediaan melangkah ke peringkat university,” katanya.

penyerahan cek baikpulih rumah


Rumah Kuala Balah.jpg
Dato' Abd.Aziz menyerahkan cek kepada JKKKP Lubok Bongor,Zaini.


JABER,1 OGOS 2011 - Sebanyak 210 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah akan dibaik pulih melalui Program Baik Pulih Rumah di DUN berkenaan membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM 750,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid berkata, kesemua program baik pulih rumah itu dilaksanakan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu akan siap sebelum sambutan 1 Syawal nanti.

Menurutnya, baik pulih tersebut antara lain bertujuan membantu golongan miskin tegar di DUN Kuala Balah dan setiap rumah akan di baik pulih dengan kos RM 3,000 setiap rumah.

"Program bermatlamatkan membantu gologan miskin tegar ini adalah buktik keprihatianan kerajaan persekutuan membantu golongan yang kurang berkemampuan di DUN Kuala Balah.

"Namun, apa yang penting menerusi program ini kehidupan rakyat lebih selesa dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa lebih-lebih bulan penuh keberkatan ini,"katanya ketika berucap pada majlis penyampaian cek baik pulih rumah DUN Kuala Balah.

4 penduduk miskin DUN Kuala Balah turut mendapat perhatian apabila mereka akan mendapat rumah baru yang akan dibina baru dalam tempoh 3 bulan.

Hadir sama ke majlis ialah Pengurus Kesedar Wilayah Jeli, faudzi Abd.Rahman.

sambutan maulidurasul. 2011


Sambutan Maulidur Rasul Lubok Bongor.jpg
Kanak-kanak memegang sepanduk menyertai perarakan di Lubok Bongor.


LUBOK BONGOR,1 MAC 2011 - Lebih 200 penduduk membabitkan warga emas dan kanak-kanak di mukim Lubok Bongor dekat sini berarak sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung berkenaan.

Mereka berarak sejauh kira-kira 1.5 kilometer bermula di Masjid Lubok Bongor pada majlis sambutan di kampung tersebut.

Turut menyertai perarakan itu ialah Jabatan Pertahanan Awam(JPA) Jeli,Polis dan kanak-kanak yang mengikuti kelas Fardhu Ain setiap Jumaat di Masjid Lubok Bongor.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Lubok Bongor, Zaini Mamat berkata,program tahunan itu pada tahun ini mendapatkan sambutan menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat termasuklah golongan belia dan kanak-kanak dengan membawa sepanduk antraanya bertema 'Membina Generasi SOlat Lubok Bongor'.

Menurutnya,sambutan tersebut bertujuan memperingati tarikh kelahiran dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menanamkan rasa cinta umat Islam terhadap baginda.

"Alhamdulillah,program hari ini semua yang dirancangkan berjalan lancar dan dapat sambutan daripada penduduk terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak

"Namun apa yang lebih penting ialah kami dapat mengumpul penduduk dengan sebegini ramai dan persefahaman serta keakraban ini yang telah lama wujud disini mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara kami,"katanya

Seorang penduduk, Rafizul Ibrahim, 31,berkata, sambutan pada tahun ini cukup meriah jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya dan menyifatkan ia sesuatu yang perlu diteruskan pada masa hadapan.

"Sambutan ini saya dapat lihat memberikan kesedaran terutama kepada golongan muda tentang sejarah sambutan Maulidur Rasul,"katanya.

prostarians with village family in lubok bongor












































































































UiTM OPKIM.JPG
Sebahagian ahli Kelab Prostar bergambar sebelum program bermula.


LUBOK BONGOR,9 OGOS 2011 - Seramai 97 ahli kelab Prostar(Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja) UiTM Machang dekat sini berkampung di parlimen Jeli 2hari 1 malam.

Program "Prostarians With Village Family " itu adalah antara pemangkin untuk membentuk peribadi ahli kelab supaya lebih berdikari, prihatin dan menyayangi anggota masyarakat yang lain.

Timbalan Rektor UiTM Machang, Tn Hj Muhammad Shukri berkata,Prostar masuk kampung itu merupakan medium terbaik bagi menambah pengetahuan dan mendedahkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kerja-kerja amal serta khidmat komuniti kepada masyarakat.

Menurutnya,program bukan sahaja proses pembelajaran di luar bilik darjah yang mampu membina jati diri seseorang mahasiswa tetapi program itu membolehkan mereka mengenali secara lebih dekat keadaan sosioekonomi penduduk di kawasan parlimen Jeli.

Hadir sama ke majlis penyerahan anak angkat ialah Pegawai Khas Ahli Parlimen Jeli, Mat Abu Hamat dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Lubok Bongor, Zaini Mama