Warga emas - Masih Ada Yang Sayang |
LUBOK BONGOR, 30 JUN 2010 - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli dekat sini,semalam terus menggerakkan program 'Masih Ada Yang Sayang'menjayakannya menerusi ziarah rumah ke rumah. Ketuanya, Roslinah Mohamed berkata,ziarah membabitkan rumah warga emas dan mereka yang uzur itu merupakan salah satu pengisian pergerakannya dalam usaha berterusan mendekati akar umbi. Menurutnya, sesuai dengan konsep 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'program ini merealisasikan hasrat kepimpinan supaya rakyat menjadi keutamaan. "Pengisian sejak sekian lama di bahagian ini bukan sahaja menjadi medan untuk bersama peringkat bawah bahkan peluang untuk bertukar-tukar pandangan ke arah mengukuhkan lagi kepimpinan dengan rakyat. "Di samping itu,ianya membawa mesej bahawa orang-orang lama ini sentiasa dihargai dan diberi perhatian sewajarnya kepimpinan bahagian Jeli,"katanya. Semalam, kunjungan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli telah membawa kepada 32 buah rumah dekat sini sekaligus membina satu jaringan kukuh dengan rakyat sesuai dengan hasrat Ahli Parlimen Jeli, Dato'Sri Mustapa Mohamed supaya sentiasa menjenguk peringkat bawah. Kunjungan kemesraan itu juga turut menyampaikan sumbangan Dato'Sri Mustapa Mohamed sebagai menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan akar umbi. |
No comments:
Post a Comment