LED


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 9 January 2012

JKKKP Kuala Balah terima komputer riba


JKKKP Kuala Balah terima komputer riba
LUBUK BONGOR,25 FEBRUARI 2011- Seramai 10 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah menerima komputer riba bagi tujuan melancarkan lagi tugas pentadbiran di mukim masing-masing.
Pentadbir Mukim, Rodzi Muhammad berkata, kemudahan komputer riba tersebut perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pelaksanaan kerja lebih sistematik dan teratur.
“Jika dulu pengerusi JKKKP tidak terdedah dengan teknologi begini, kini dengan ada komputer riba tugas yang dilakukan akan lebih baik kerana senang untuk dibawa.
"Kita kini mengadakan mesyuarat sebulan sekali ia jadi adanya komputer riba ini ianya akan memudahkan mereka menyimpan maklumat untuk dijadikan rujukan,"katanya.
“Kita juga mahu selaraskan sistem kerja yang dilaksanakan oleh pihak JKKKP yang mana memikul banyak tugas untuk memastikan kesejahteraan penduduk. Mereka juga perlu sentiasa berjumpa untuk berkongsi idea dan pendapat untuk membangunkan lagi Dun Kuala Balah ini.
Rodzi juga menyeru pihak JKKKP menggunakan komputer riba tersebut sebagai satu kemudahan yang lebih fleksibel ketika bekerja.
“Selesaikan masalah penduduk di mukim masing-masing selaras dengan misi kerajaan mahu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
“Jadi pihak JKKKP perlu bergerak seiring dalam memastikan setiap masalah yang dihadapi diselesaikan dengan cepat dan proaktif dengan cara turun ke bawah perbincangan bersama,”katanya.

No comments:

Post a Comment