JPAM nilai tambah kepada daerah Jeli |
RENYUK,22 OKTOBER 2010 – Kewujudan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di daerah ini sebagai sebuah agensi yang bertindak ketika berlakunya bencana menunjukkan impak positif.
Beberapa siri pengambilan anggotanya di daerah ini mula memberi kesedaran kepada penduduk di sini untuk menanggotainya atas dasar tanggungjawab. Sukrelawan JPAM, Che Shamsul Che Mahmud, 35, penubuhan JPAM memberikan satu nilai tambah kepada daerah ini. Menurutnya, pendedahan dengan ilmu-ilmu asas dalam pertahanan awam seperti operasi mencari dan menyelamat, rawatan kecemasan serta banyak lagi sebenarnya merupakan satu bentuk pendidikan kepada masyarakat. “Ilmu-ilmu yang diterima secara tidak langsung bukan sahaja membantu masyarakat tetapi membantu diri sendiri sekiranya berdepan dengan kesekarna mahupun kesulitan. “Sekiranya belaku bencana, wujudnya JPAM ini ianya membantu meringankan tugas agensi-agensi kerajaan yang lain,”katanya. Kata beliau, komitmen anggota JPAM di daerah ini cukup tinggi apabila baru-baru ini turut berkhidmat membantu pengguna-pengguna jalan raya yang terkandas akibat banjir. “Sepanjang musim ini, JPAM sedia memberikan khidmat kepada orang ramai yang berdepan dengan bencana terutama banjir. “Pengilbatan anggota pada masa yang sama turut berperanan memberikan latihan membiasakan diri sebelum berdepan dengan situasi sebenar,”katanya. |
No comments:
Post a Comment