Amalkan konsep cakna |
LUBOK BONGOR,8 MEI 2011 - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) parlimen Jeli diminta cakna kawasan masing-masing sesuai dengan hasrat Perdana Menteri supaya mendahulukan rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid berkata,konsep cakna kepada masyarakat ini antaranya meliputi kebajikan, kematian dan sebagainya.
Menurutnya, jika konsep sedemikian dapat diamalkan ianya dilihat cukup berkesan mendapatkan kepercayaan mereka di samping dapat menawan hati masyarakat setempat.
"Hal ini sekaligus akan dapat mencapai matlamat kerajaan supaya mereka terus didekati setiap masa.
"Saya percaya jika peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dapat dijalankan dengan baik sekali maka ianya sudah tentu boleh mencipta satu gelombang keuntungan,"katanya.
Tambahnya lagi, JKKKP juga diminta dapat menyalurkan maklumat yang dapat membantu kerajaan.
|
No comments:
Post a Comment