PPKB bantu rakyat |
RENYUT, 18 JANUARI 2011 - Usaha kerajaan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan memberi tumpuan untuk membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan di bandar bukan sahaja membantu golongan berkenaan tetapi memberi ruang untuk mereka bernafas lebih baik.
Seleras hasrat kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan pelbagai usaha dan program dilaksanakan bagi memastikan rakyat mendapat faedahnya selain usaha untuk memperkukuhkan keupayaan menjana pendapatan dan salah satunya menerusi Program Peningkatan Pendapatan Rakyat.
Usaha yang dijalankan kerajaan itu turut dirasai penduduk,Rafizul Ibrahim,40, yang menerima sebuah motosikal 3 roda daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
Lebih mengggembirakan Rafizul turut menerima bantuan sewa rumah menerusi program Pembasmian Kemiskinan Bandar(PPKB) 2010 di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah,Datuk Abd.Aziz Derashid.
Menurut Rafizul, dia sangat gembira apabila menerima bantuan berkenaan kerana sumbangan kerajaan ini cukup bermakna kepadanya sekeluarga.
"Kenderaan dan bantuan sewa rumah ini adalah antara bukti keprihatinan kerajaan BN pada hari ini dan saya percaya ramai lagi rakyat di negara ini mendapat manfaatnya.
"Jadi, bantuan ini saya amat hargai ke arah mensejahterakan rakyat dan selaku penerima ianya membantu membina kehidupan lebih baik kepada saya,"katanya.
|
No comments:
Post a Comment