JPA susun latihan mantapkan pergerakannya |
RENYUT, 5 APRIL 2010 - Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dekat sini terus menggerakkan latihan-latihannya bagi memantapkan anggota-anggotanya di daerah Jeli. Penyelarasnya, Che Shamsul Che Mahmood berkata, latihan dilaksanakan setiap minggu dikawasan rekreasi Lata Renyut ini adalah langkah-langkah dan cara untuk menghadapi sesuatu perkara sekiranya berlaku kecemasan di daerah ini. Menurutnya, selain persediaan menghadapi bencana mahupun krisis, ilmu-ilmu yang diketahui melalui latihan ini juga cukup berguna untuk membantu mereka yang memerlukannya. "Latihan ini banyak memberikan pendedahan samada dalam soal menyelamat mahupun berlakunya kecemasan dan apa yang terbaik ialah ianya melengkapkan anggota-anggota dengan ilmu bermanfaat untuk kesejahteraan rakyat. "Antara latihan mingguan yang kebiasaannya ialah latihan kecemasan, jungle tracking dan latihan asas kawad kaki,"katanya ketika ditemui. Beliau berkata,JPA daerah ini akan terus memantapkan pergerakannya dari semasa ke semasa dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dengan tindak balas sewajarnya. |
No comments:
Post a Comment