Dato' Abd.Aziz menyerahkan cek kepada JKKKP Lubok Bongor,Zaini.
JABER,1 OGOS 2011 - Sebanyak 210 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah akan dibaik pulih melalui Program Baik Pulih Rumah di DUN berkenaan membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM 750,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid berkata, kesemua program baik pulih rumah itu dilaksanakan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu akan siap sebelum sambutan 1 Syawal nanti.
Menurutnya, baik pulih tersebut antara lain bertujuan membantu golongan miskin tegar di DUN Kuala Balah dan setiap rumah akan di baik pulih dengan kos RM 3,000 setiap rumah.
"Program bermatlamatkan membantu gologan miskin tegar ini adalah buktik keprihatianan kerajaan persekutuan membantu golongan yang kurang berkemampuan di DUN Kuala Balah.
"Namun, apa yang penting menerusi program ini kehidupan rakyat lebih selesa dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa lebih-lebih bulan penuh keberkatan ini,"katanya ketika berucap pada majlis penyampaian cek baik pulih rumah DUN Kuala Balah.
4 penduduk miskin DUN Kuala Balah turut mendapat perhatian apabila mereka akan mendapat rumah baru yang akan dibina baru dalam tempoh 3 bulan.
Hadir sama ke majlis ialah Pengurus Kesedar Wilayah Jeli, faudzi Abd.Rahman.
No comments:
Post a Comment