LED


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 9 January 2012

sambutan maulidurasul. 2011


Sambutan Maulidur Rasul Lubok Bongor.jpg
Kanak-kanak memegang sepanduk menyertai perarakan di Lubok Bongor.


LUBOK BONGOR,1 MAC 2011 - Lebih 200 penduduk membabitkan warga emas dan kanak-kanak di mukim Lubok Bongor dekat sini berarak sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung berkenaan.

Mereka berarak sejauh kira-kira 1.5 kilometer bermula di Masjid Lubok Bongor pada majlis sambutan di kampung tersebut.

Turut menyertai perarakan itu ialah Jabatan Pertahanan Awam(JPA) Jeli,Polis dan kanak-kanak yang mengikuti kelas Fardhu Ain setiap Jumaat di Masjid Lubok Bongor.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Lubok Bongor, Zaini Mamat berkata,program tahunan itu pada tahun ini mendapatkan sambutan menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat termasuklah golongan belia dan kanak-kanak dengan membawa sepanduk antraanya bertema 'Membina Generasi SOlat Lubok Bongor'.

Menurutnya,sambutan tersebut bertujuan memperingati tarikh kelahiran dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menanamkan rasa cinta umat Islam terhadap baginda.

"Alhamdulillah,program hari ini semua yang dirancangkan berjalan lancar dan dapat sambutan daripada penduduk terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak

"Namun apa yang lebih penting ialah kami dapat mengumpul penduduk dengan sebegini ramai dan persefahaman serta keakraban ini yang telah lama wujud disini mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara kami,"katanya

Seorang penduduk, Rafizul Ibrahim, 31,berkata, sambutan pada tahun ini cukup meriah jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya dan menyifatkan ia sesuatu yang perlu diteruskan pada masa hadapan.

"Sambutan ini saya dapat lihat memberikan kesedaran terutama kepada golongan muda tentang sejarah sambutan Maulidur Rasul,"katanya.

No comments:

Post a Comment