LED


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 9 January 2012

lima keluarga

Lima keluarga terancam dapat perhatian To'Pa
LUBOK BONGOR LAMA, 3 MEI 2010 – Lima keluarga mendiami kawasan tebing sungai Pergau dekat sini yang dalam kebimbangan berikutan hakisan teruk tebingnya dan semakin menghampiri dengan rumah mereka mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli, Dato'Sri Mustapa Mohamed.


Mustapa dalam lawatannnya ke kawasan yang akan menempatkan lima keluarga berkenaan baru-baru ini turun ke bawah melihat sendiri kawasan tersebut bagi memastikan keluarga berkenaan mendapat kehidupan lebih selesa.

Kawasan penempatan baru di kampung Jabir itu sekaligus membuktikan kecaknaan To'Pa menjaga kebajikan rakyat di parlimennya.

Hadir bersama melawat tapak tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abd.Aziz Derashid.

Dalam kejadian sebelum ini jarak salah sebuah rumah berkenaan dengan tebing sungai dianggarkan kira-kira 5 meter sahaja dari tebing.

Penduduk, Mohd Yaacob,60, berkata, masalah hakisan yang berlaku bermula kira-kira dua tahun lalu ketika musim banjir.

“Perkara itu semakin membimbangkan apabila hujan lebat dan arus sungai yang deras menghakis tebing sungai berkenaan.

“Sudah 60 tahun saya menetap di sini sekiranya hakisan semakin teruk, rumah ini akan menyembah bumi dibawa arus pada bila-bila masa sahaja,”katanya.

Menurutnya, setiap malam kebimbangan acapkali menerjah fikirannya yang tinggal bersama sembilan lagi ahli keluarga.

“Sebelum ini, jarak rumah saya kira-kira satu lot dari tebing berkenaan, namun selepas banjir dan hakisan teruk yang berlaku ianya semakin hampir dengan rumah.

Katanya, aduan telah dibuat telah mendapat perhatian dan reaksi positif pihak To'Pa dalam usaha untuk menyelesaikannya dan satu kawasan telah pun disediakan untuk kami.

"Terima kasih kepada kecaknaan To'Pa yang banyak membantu kami di sini bersama lima keluarga yang lain,"katanya.

No comments:

Post a Comment